kAMU cANTIK sEKALI, tAPI....
Saudari, kamu cantik sekali Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang
Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia
melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya. Saudari, kamu cantik
sekali Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga
dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat
wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi
tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan.
Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu
mendekat. Saudari, kamu cantik sekali Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan
untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan
cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar
atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari?
Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri
yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa
sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan. Saudari, kamu
cantik sekali Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan
menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah
dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik
itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara
sesuai dengan ketentuan-Nya. Saudari, kamu cantik sekali Kecantikan itu harta
berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya
jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan
kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir,
musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah? Saudari, kamu
cantik sekali Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan
kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan.
Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan
dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh
keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang
selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana,
yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia. Maka tampillah cantik di hadapan
Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada
manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu
adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi
keredhaan Ilahi. Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik
hati, kerana itu lebih abadi.
http://mdkhai85.blogspot.com/
Posted by: A.Shol
